< /head>

Terma dan Syarat Pembelian & Penggunaan

Berikut adalah terma dan syarat untuk Pembelian Produk Ory Biz. Dengan membaca terma dan syarat ini, maka anda terikat sepenuhnya terhadap perkara tersebut.

Harga Produk

1. Harga pasaran sebenar untuk Produk Ory Biz ini adalah seperti berikut:
i. Ory Perfume - RM25/pek
ii. Ory Cream - RM60/Botol
iii. Ory Vitamin Beauty Bar - RM150/Bar

, melainkan jika pihak kami melakukan sebarang promosi atau potongan harga atau dalam maksud yang lain menurunkan kepada harga yang lebih murah, maka harga akan kurang daripada jumlah tersebut. Pihak kami juga berhak menaikkan harga apabila perlu dan bila-bila masa sahaja tanpa sebarang pemberitahuan terlebih dahulu secara umum atau secara langsung.

2. Harga RM200.00 adalah untuk Produk Ory Biz di dalam laman web ini sahaja dan tidak termasuk lain-lain material seperti bonus dan sebagainya. Lain-lain 'bonus' adalah bahan tambahan semata-mata dan tidak tertakluk kepada harga produk ini.

3. Produk Ory Biz ini hanya boleh diperolehi melalui laman web ini sahaja dan anda sebagai pembeli diberi hak untuk jualan semula pada harga diatas.

4. Produk Ory Biz adalah keluaran syarikat Ory Biz dan wangian bagi setiap produk adalah ilham dari bauan antarabangsa dan lain-lain produk dihasilkan oleh pembuat tempatan.

5. Hanya pembeli yang sah sahaja yang berhak menggunakan segala kelebihan dan bonus eksklusif seperti yang dijanjikan di laman utama web ini.

6. Sokongan oleh pihak kami adalah hanya pada hari dan waktu bekerja sahaja. Segala permasalahan hanya dilayan melalui emel sahaja. Waktu kerja:

Isnin hingga Jumaat : 8.30 pagi hingga 5.30 petang

Namun kami menerima emel pertanyaan pada 7 hari seminggu dan 24 jam sehari. Cuma kami hanya akan membalas emel anda itu pada hari dan waktu bekerja sahaja.

Jaminan Pulangan Wang

1. Pihak kami tidak menawarkan pulangan wang dan anda perlu membuat keputusan untuk membelinya atau tidak.

2. Barangan yang diterima dalam keadaan teruk @ rosak perlu dibuktikan dengan gambar kepada pengurusan melalui email. Jika terbukti terdapat kerosakan pihak pengurusan akan mengganti semula.

Penerimaan Bayaran, Pesanan dan Link Download

1. Anda (pembeli) mesti mengikut langkah-langkah pembelian yang telah diaturkan agar proses penyemakan pesanan dan pengesahan bayaran tidak bermasalah.

2. Anda sebagai pembeli perlulah memberikan maklumat yang betul di dalam borang pesanan pembelian. Kegagalan anda melakukan hal ini dengan cermat akan melambatkan proses pengesahan pembayaran dan penghantaran produk serta link "bonus" download kepada anda.

3. Sebarang masalah dengan link download, file rosak (corrupt) atau sebagainya, sila laporkan kepada kami dengan segera untuk kami selesaikan masalah tersebut.

5. Kebiasaannya, file "bonus" adalah tidak bermasalah, cuma talian internet pembeli yang bermasalah menyebabkan file tidak dapat dimuat-turun (download) dengan sempurna. Maka ia adalah di luar daripada bidang kami. Jika ia berlaku, kami akan bantu anda melalui beberapa alternatif lain.

Segala perhubungan dan pertanyaan, sila hubungi kami melalui emel muhdrizal81@gmail.com atau telefon 013-5931716.

 

- Tamat Terma & Syarat -

Jika anda bersetuju dengan Terma dan Syarat di atas, maka teruskan membeli Produk Ory Biz ini.

Jika tidak bersetuju, maka anda tidak digalakkan membeli produk ini untuk mengelakkan ketidak-puashatian anda kelak.